Tempat Menarik di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu - Gua Bewah

Dimana terletaknya Gua Bewah ? Gua Bewah terletak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu, Terengganu, Malaysia. Bewah ialah loghat Terengganu yang bermaksud aktiviti kenduri-kendara. Terdapat beberapa gua batu kapur yang lain disini seperti Gua Taat dan Gua Batu Tok Bidan. Namun kini, semasa ekspidisi kami pada bulan April 2018 yang lalu, dikhabarkan bahawa Gua Taat dan Gua Batu Tok Bidan sudah ditenggelami air disebabkan paras air tasik yang semakin meningkat. Dahulunya, Gua Bewah juga dikenali sebagai Gua Tahi Kelawar. Najis kelawar di situ menjadikan tanah sangat subur di sepanjang tangga jeti bewah hingga ke pintu masuk gua. Selain itu, Gua Bewah juga kaya dengan tumbuhan keladi besar dan cili padi. Jika kita masuk ke dalam gua ini, binaan yang dibuat bagi mengeluarkan najis kelawar dari gua yang kebiasaannya digunakan sebagai baja. Jarak peralanan dari Kuala Terengganu adalah 55km dan mengambil masa selama 1 jam 15 minit perjalanan menaiki kereta. Perjalanan dari jeti Pengka...