About

HelmyVacation.com

HelmyVacation.com, Siapakah admin blog percutian ini ?! Blog ini di hasilkan adalah untuk memberi maklumat dan sedikit info kepada anda tentang percutian dan tempat-tempat menarik di Malaysia. Info percutian akan di lebihkan di Terengganu kerana admin blog ini adalah anak jati Terengganu yang sekarang ini bekerja dalam industri perlancongan. Kebanyakan perkongsian maklumat daripada blog ini adalah berdasarkan pengalaman admin sendiri. Kepada sesiapa yang ingin ke Terengganu, inilah blog yang anda cari untuk memdapatkan sedikit maklumat tentang tempat-tempat menarik yang berada di Terengganu. Kenapa "sedikit maklumat"?? Sebab, yang selebihnya anda sendiri yang akan merasainya.

          Selain itu, admin juga akan kongsikan beberapa pakej yang terdapat di Terengganu mengikut kadar harga semasa. Admin akan mengemaskini harga mengikut kadar harga semasa dari masa ke masa jika terdapat sebarang kenaikan atau penurunan harga. Admin akan senaraikan dari sewaan kenderaan hingga pakej yang telah tersedia di Terengganu.

          Akhir kata dari admin, jika terdapat kesalahan maklumat atau perubahan tempat yang diluar pandangan admin, mohon memperbetulkan admin dengan menghubungi admin melalui email di Contact Us. Admin harap, semoga blog ini dapat memberi maklumat dan manfaat kepada anda mengenai percutian di Malaysia.


Salam Perkenalan,

Admin HelmyVacation.com


Comments

Popular posts from this blog

Tempat Menarik di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu - Gua Bewah

Sewaan Van Toyota Hiace, Kuala Terengganu